Monday, July 14, 2008

Dairi Julai




4hb - 5hb - Amal Islami Peringkat Negeri


9hb - Mesyuarat Kewangan Kedua


11hb - Lawatan Guru Panitia Sejarah ke Parlimen


14hb - 15hb - Ujian Prestasi 2


14hb - Mesyuarat Akademik Kali Kedua


15hb - Mesyuarat Kokurikulum Kali Kedua


16hb - Mesyuarat Disiplin


21hb - Seminar Teknik Menjawab PMR / SMA / SPM bermula....


26hb - Lawatan Kadet Polis ke PULAPOL dan Muzium Polis


- Mesyuarat Panitia 2

- Semakan Buku latihan 2

Kereta Baru...



Bulan ini 2 buah kereta baru masuk ke SAMJ.

Rezeki anak-anak....

Tengok jelah gambar... nak merasa tunggu la hilang bau kedai...

Jangan Mare... nanti kena jual....

Sunday, July 13, 2008

Sof Murabbi SAMJ


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa.
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta.
Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara.
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia.
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara.
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka.
Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa.
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Visi, Misi dan Falsafah...


VISI
"Melahirkan pelajar yang memahami dan menghayati Al-Quran dan As-Sunnah dalam kehidupan seharian"


MISI
"Ke arah kecemerlangan dan keseimbangan melalui ilmu yang dapat membantu keterampilan,
kerohanian dan jasmani"


FALSAFAH SEKOLAH
"Bahawasanya pelajar-pelajar yang ada di sekolah ini mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi intelek dan akhlaknya. Dengan ini peluang seluas-luasnya akan diberi kepada mereka."
"Bahawasanya pendidik-pendidik sekolah ini mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas untuk memberi pendidikan yang sempurna bagi memajukan intelek dan akhlak pelajar-pelajar sekolah ini."

Bermulanya di sini....


Sekolah Agama Menengah Jeram telah ditubuhkan pada bulan Februari 1957 atas usaha golongan tua memandangkan penduduk setempat merasakan amat perlu mempelajari dan mendalami bidang agama dan bahasa Arab kerana pada ketika itu kebanyakan sekolah yang didirikan adalah sekolah aliran Inggeris.
Pada peringkat awal, sekolah ini mengambil dua orang guru untuk bertugas iaitu Ustaz Ahmad Muhid bin Hj. Yusuf dan Ustaz Muhammad Yusuf bin Hj. Shaari. Perintis utama penubuhan sekolah ini ialah bekas imam Kampung Jeram iaitu Al-Marhum Tuan Hj. Muhammad Amin bin Hj. Ismail. Pada mulanya sekolah ini terletak di sebuah surau lama berhampiran dengan masjid Jeram dengan keluasan 12 x 30 yang boleh memuatkan seramai 30 orang pelajar. Kebanyakan muridnya terdiri daripada mereka yang tinggal di sekitar Jeram, Tambak Jawa, Sungai Sembilang, Sungai Buloh, Kampung Api-Api, Kampung Bukit Kuching, Asam Jawa dan kawasan-kawasan lain yang berdekatan.

Pada tahun 1987, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru atas tanah seluas 5 ekar yang diwakafkan oleh Tuan Haji Hambali bin Hj. Abdul Salam. Kini sekolah yang sering menjadi pilihan bukan sahaja masyarakat setempat bahkan masyarakat luar daerah telah pun menjangkau 50 tahun usianya. Sekolah ini yang dulunya di bawah naungan Jabatan Agama Islam Selangor telah pun bertukar nama menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Jeram apabila JAPIM (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) mengambil alih pentadbiran sekolah ini.