Sekolah Agama Menengah Jeram telah ditubuhkan pada bulan Februari 1957 atas usaha golongan tua memandangkan penduduk setempat merasakan amat perlu mempelajari dan mendalami bidang agama dan bahasa Arab kerana pada ketika itu kebanyakan sekolah yang didirikan adalah sekolah aliran Inggeris.
Pada peringkat awal, sekolah ini mengambil dua orang guru untuk bertugas iaitu Ustaz Ahmad Muhid bin Hj. Yusuf dan Ustaz Muhammad Yusuf bin Hj. Shaari. Perintis utama penubuhan sekolah ini ialah bekas imam Kampung Jeram iaitu Al-Marhum Tuan Hj. Muhammad Amin bin Hj. Ismail. Pada mulanya sekolah ini terletak di sebuah surau lama berhampiran dengan masjid Jeram dengan keluasan 12 x 30 yang boleh memuatkan seramai 30 orang pelajar. Kebanyakan muridnya terdiri daripada mereka yang tinggal di sekitar Jeram, Tambak Jawa, Sungai Sembilang, Sungai Buloh, Kampung Api-Api, Kampung Bukit Kuching, Asam Jawa dan kawasan-kawasan lain yang berdekatan.

Pada tahun 1987, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru atas tanah seluas 5 ekar yang diwakafkan oleh Tuan Haji Hambali bin Hj. Abdul Salam. Kini sekolah yang sering menjadi pilihan bukan sahaja masyarakat setempat bahkan masyarakat luar daerah telah pun menjangkau 50 tahun usianya. Sekolah ini yang dulunya di bawah naungan Jabatan Agama Islam Selangor telah pun bertukar nama menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Jeram apabila JAPIM (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) mengambil alih pentadbiran sekolah ini.
No comments:
Post a Comment